Ciarra Studio

Photographer Ciarra Studio

Photographer Selection Tips

GAMBAR PERKAHWINAN ADALAH MEMORI SELAMANYA Pasangan pengantin diluar sana, jangan ambil mudah berkenaan gambar perkahwinan anda yer. Sebabnye gambar perkahwinan adalah memori selamanya, jika salah pilih, memori pahit yang anda akan terima

TIPS MEMILIH PHOTOGRAPHER UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA :

1. Tinjau artworks

First thing first, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah anda harus tinjau atau lihat sendiri hasil kerja fotografer tersebut. Lihat sendiri hasil kerja mereka sama ada ia benar-benar memenuhi citarasa anda atau pun tidak. Senang kata, stalk semua gambar-gambar mereka sampai habis di Facebook, Instagram dan sebagainya.

2. Nak tahu fotografer yang serius dengan kerja mereka

Sekurang-kurangnya mempunyai blog, facebook page atau website. Diibaratkan seperti galeri dan kedai mereka. Ia menunjukkan professionalisme jurugambar tersebut.

3. Lihat feedback orang ramai

Lepas tinjau artworks dan sekiranya anda berminat, langkah seterusnya adalah go through semua feedback dan komen-komen pelanggan mereka sebelum ini. Kalau anda kenal salah seorang pelanggan mereka, lebih baik anda bertanya sendiri dengan pelanggan mereka tersebut. Ingat, gambar yang cantik tak semestinya menjanjikan perjalanan mendapatkan album yang 'cantik' juga ya.

4. Layanan yang baik

Untuk part ni, layanan yang baik dan bertutur kata sopan dari fotografer itu sendiri boleh memudahkan anda berinteraksi semasa perjalanan majlis anda nanti. Kerana fotograper tidak habis tugasannya di hari perkahwinan anda sahaja. Selepas selesai fotoshoot, editing album dan segala mak nenek yang pakej dorg bg tu perlu disiapkan mengikut apa yang dijanjikan. So anda perlu cari fotografer yang mudah mesra dgn anda.

5. Sesuai dengan bajet

Gambar cantik. Feedback pun bagus. Jadi anda sudah boleh mula melihat pakej yang ditawarkan. Adakah ia bersesuaian dengan bajet anda atau pun tidak. Jikalau ragu-ragu dengan pakej yang dikenakan agak mahal, bandingkan dengan pakej fotografer yang lain. Bandingkan harga dan barang yang anda akan dapat melalui pakej tersebut. Bagi saya, tips memilih fotografer untuk majlis perkahwinan, ini yang paling penting.

6. Fahamkan pakej betul-betul

Fahamkan betul-betul pakej yang ditawarkan. Album saiz berapa, poster frame saiz berapa. Gambar pula berapa keping. Sebarang kemusykilan terus saja tanya kepada fotografer. Kami yakin tak akan ada fotografer pun yang akan faham sekiranya anda kurang jelas.

7. Base di mana?

Bayangkan sekiranya majlis di Terengganu tetapi fotografer pula berada di Kuala Lumpur. Anda perlu membayar lebih dari segi kos perjalanan dan penginapan. Selalunya pakej yang ditawarkan tidak termasuk dua benda ni. Jadi kalau boleh cari fotografer yang sememangnya base berdekatan dengan majlis anda. Tapi kalau sanggup bayar lebih apa salahnya kan? Cuma, bila bab penginapan tu kenalah juga fikirkan. Jangan pula kononnya paksa fotografer tidur rumah pengantin sekali. Be professional!

8. Lihat sendiri contoh album

Rakyat marhaen tak akan faham apa itu photobook, custom album, mockup album, mockup sticky album dan banyak lagi lah. Jadi sebelum nak deal apa-apa, moleklah kiranya si pasangan pengantin turun dan berjumpa dengan fotografer itu sendiri. Lihat jenis album yang ditawarkan. Yelah, kadang-kadang saiz album ni tengok angka macam besar, bila dapat hhmm besar A4 pun tak sampai. So, jadilah pasangan pengantin yang bijak.

9. Terangkan tentatif penuh majlis

Sebagai pelanggan yang ingin menggunakan khidmat seorang fotografer, anda WAJIB menerangkan tentatif penuh majlis kepada fotografer tersebut awal-awal. Beritahu mereka details tempat (dewan atau rumah), exact time nikah, sanding, malam berinai dan sebagainya.Jangan nanti elok-elok fotografer ingatkan nikah saja, tiba-tiba ada malam berinai sekali. Dapat fotografer yang berhati perut untunglah. Tapi dapat yang memang strict pandai-pandailah suruh anak buah ambil pakai phone sendiri.

10. Pilih sama ada perlu satu atau lebih fotografer

Kalau jenis majlis yang besar tu ala-ala Wedding of The Year seelok-eloknya ambil lah lebih daripada seorang fotografer. Ketahuilah sememangnya tak akan terdaya seorang fotografer untuk cover seluruh majlis seorang diri.Jadi, sekiranya majlis anda besar, kami nasihatkan supaya cari fotografer yang mempunyai team sendiri. Lihat pakej dan pandai-pandailah berunding tentang harga dengan mereka.

11. Clear dengan cara bayaran

Sebagai pengantin, anda perlu jelas dengan cara bayaran bermula dari deposit sehinggalah selesai semasa mengambil gambar dan album. Deal betul-betul dengan fotografer, berapa kali bayaran perlu dibuat. Make sure anda terima resit supaya anda sendiri sedia maklum berapa bayaran yang sudah dibuat dan baki yang tinggal.

12. Pastikan ada hitam & putih

Mungkin tak semua fotografer buat benda macam ni. Tapi kami ingatkan supaya ada 'hitam putih' semasa anda menggunakan khidmat mereka. Ini bukan saja memudahkan kerja anda malah juga memudahkan kerja fotografer. Tak kisahlah sekiranya fotografer anda tu kawan baik sendiri ke apa, zaman sekarang 'hitam putih' ni memang penting. Semoga tips memilih photographer ini bermanfaat untuk anda.

Copyright© 2012 by Ciarra Studio

NEWSLETTER

Join our mailing list to receive updates on new arrivals and special offers.